Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


arrived at the park
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
arrived the park



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 5-Jan-2008 00:01
Kembara V - 2nd Time Sledding
Oleh kerana tempat yang kami pergi tu tak berapa best untuk sled (licin giler), next kami pergi kat tempat yang satu lagi (Minooka Park). Tak lah jauh sangat dari tempat yang memula tu, tapi tak leh lah jalan. Kang kematu jari2 kaki kan sebab sejuk.

Oh ya, air windshield washer kami dah beku, kerana lupa nak taruk anti-freeze. Terpaksa mintak sikit dari Deen punya. Still tak boleh sebab bahagian bawah dah beku. Walaupun tak snow tapi dek kerana snow yang kat jalan raya mula melting, bila terkena percikan air dari kereta depan, kotor gak lah. Bila ada kesempatan singgah memana gas station Zaid akan lap cermin keter tu. Sekali pandang van kami dah jadi macam tepung gomak... putih semacam jer... LOL

Baru ingat I ada sebut pasal Zaid yang lama sangat kat bilik air dengan sabunnya, ini penerangannya. Tempat yang kami berada ni jauh dari sumber air sungai, so bekalan air di perolehi dari bawah tanah. Kiranya hard waterlah. Untuk melembutkan air ni, pihak kerajaan telah mencampurkan air ni dengan bahan pelembut. Yang peliknya semua orang tak perasan yang air ni lain fesyen sikit dari Georgia. Dia sorang jer perasan. Terpaksalah Deen buat2 tanya kat kawan2 mat salehnya yang dah lama menetap kat situ kenapa air tu semacam jer. Kiranya dah lama nak tanya tapi tak tertanyalah... Kang kalau salah soalan nanti kena bambu pulak, aik dah lama dok sini baru perasan? So lepas tu Zaid pun mandilah macam biasa, tak payah lama2 dalam bilik air LOL kira bersihlah tu bang oiii

Berbalik pada Minooka Park ni. Walaupun kurang licin, tapi tetap licin. Tapi, tempat letak keter pulak yang teramat jauh dari tempat sledding. So sekali lagi terpaksalah berjalan tanpa lenggang kangkong atas ais tu. Budak2 bila jatuh bolehlah ketawa terbahak sambil kata "awesome"lah... "cool" lah... kita ni kalau jatuh takut terus bergolek sampai bawah.. tak pasal2 jadi avalanche pulak LOL (gelak golek2 macam icon YM) Tapi memang seronoklah tengok budak2 + Deen menggelongsor ke bawah. Kekadang derang berlanggar sesama sendiri. Ada masa tu Deen sled dengan Amir, kerana laju sangat, bila dia brek, kasut dia tercabut... I ngan Zaid yang baru jer beli jeket kulit ni, telan air liur jerlah.. nak tu nak jugak, tapi takut jeket kotor (read gayat + penakot). So buat2lah sibuk ambik gambar. LOL Baya dok pujuk I ni suruh sled...




Hmm bilalah snow nak turun :-S

Masih berhibur dengan lagu Dingin dendangan ZZ

Note : fotopages lately sengal semacam jer. so enjoylah gambar2 besar dulu sebelum I boleh upload gambar2 kecik tu :-(

© Pidgin Technologies Ltd. 2016